Dasar Kualiti MPK :
Majlis Perbandaran Kluang komited untuk memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkesan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Oleh itu, Pengurusan MPK komited untuk :
1) Memastikan setiap perkhidmatan memenuhi kepuasan pelanggan menerusi perkhidmatan berkualiti berteraskan kecemerlangan organisasi yang berterusan
2) Membangunkan Objektif Kualiti yang memenuhi keperluan dan pelaksanaan SPK serta dipantau keberkesanannya dengan menggunakan framework kawalan masa setiap proses
3) Memenuhi dan mematuhi keperluan perundangan dan Akta berkaitan dimana perlaksanaan SPK adalah tertakluk kepada keperluan perundangan semasa atau peraturan-peraturan lain yang perlu dipatuhi
4) Melaksanakan penambahbaikan berterusan melalui proses-proses dan kawalan yang telah dikenalpasti dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan SPK MPK.

